Kemas kini dan pulihkan perisian pada iPod, iPhone atau iPad
Menggunakan iTunes, anda boleh mengemas kini perisian pada iPod anda atau mengemas kini perisian iOS pada iPod touch, iPhone atau iPad.
Jika anda menghadapi masalah dengan peranti anda, anda juga boleh menggunakan iTunes untuk memasang semula perisian dan memulihkan seting lalai peranti anda.
Penting: Memulihkan perisian iOS pada iPod touch, iPhone atau iPad memadamkan maklumat anda, tetapi tidak menghapuskannya terus. Maklumat yang dipadamkan tidak dapat diakses menerusi kawalan peranti, tetapi kekal pada peranti anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai memadamkan semua kandungan dan seting (jika, contohnya, anda merancang untuk memberikan iPhone anda kepada orang lain), lihat artikel ini di tapak web Sokongan Apple.
Kemas kini dan pulihkan perisian anda
Sambungkan iPod, iPhone atau iPad anda ke komputer anda dan pilih pemacu anda.
Klik butang Ringkasan.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Lihat sama ada versi lebih baru perisian tersedia: Klik semak untuk Kemas Kinian.
Pulihkan perisian anda: Klik Pulihkan dan ikuti arahan atas skrin.
Untuk memasang kemas kinian yang tersedia, klik Kemas Kini.
Jika anda memulihkan perisian pada iPod touch, iPhone atau iPad anda, iTunes menyandarkan peranti anda pada permulaan proses. Anda boleh memulihkan seting anda daripada sandaran sewaktu pemulihan tamat.