Sandarkan iPod touch, iPhone atau iPad anda
Apabila anda menyambungkan iPod touch, iPhone atau iPad anda ke Komputer anda, fail dan seting tertentu pada peranti anda disandarkan secara automatik ke komputer anda. Anda boleh memulihkan maklumat ini ke peranti anda jika perlu (jika anda mendapat iPhone baru, contohnya dan ingin memindahkan seting terdahulu anda kepadanya).
Maklumat yang disandarkan secara automatik termasuk mesej teks, nota, sejarah panggilan, kegemaran kenalan, seting bunyi, seting widget dan banyak lagi. Selain itu, foto dan Jalur Filem atau Foto Disimpan turut disandarkan. Fail media lain (seperti lagu, video dan beberapa foto) tidak disandarkan, tetapi boleh dipulihkan dengan menyelaraskan dengan iTunes.
Jika anda mempunyai iOS 3.0 atau lebih baru Mac OS X 10.5.7 atau lebih baru , iTunes juga boleh menyulitkan sandaran anda untuk melindungi data anda.
Sandarkan atau pulihkan peranti anda
Sambungkan iPod touch, iPhone atau iPad anda ke komputer yang anda biasa selaraskan dan pilih peranti anda.
Klik Ringkasan.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Sandarkan atau pulihkan daripada sandaran secara manual: Klik Sandarkan Sekarang atau Pulihkan Sandaran.
-
Pulihkan fail dan seting peranti anda: Klik Pulihkan.
Jika sandaran anda disulitkan, iTunes meminta anda untuk memasukkan kata laluan sebelum memulihkan fail dan seting anda. Sandaran yang dipulihkan mempunyai ikon kunci dalam senarai sandaran dalam keutamaan Peranti iTunes.
Sulitkan sandaran anda: Pilih "Sulitkan Sandaran Peranti," taipkan kata laluan dan klik Setkan Kata Laluan.
Klik Sandarkan Sekarang atau Pulihkan Sandaran (di bawah Sandaran).
Untuk maklumat lanjut, lihat Panduan pengguna yang disertakan dengan peranti anda atau tapak web Sokongan Apple.