Cara untuk menambah item pada iTunes
Sebelum anda boleh menggunakan iTunes, anda perlu menambah muzik, video anda dan item lain untuk mencipta pustaka iTunes anda. Selepas anda menambah kandungan, anda boleh menyusun, menonton dan mendengarnya, menambahnya pada peranti mudah alih, berkongsinya dengan orang lain, membakar CD dan banyak lagi.
Terdapat dua cara untuk menambah kandungan:
Muat turun muzik, video dan banyak lagi daripada iTunes Store
Beli lagu yang anda dengar pada iTunes Radio.
Import audio daripada CD
Muat turun muzik dan video daripada iCloud
Import muzik dan video yang sudah ada pada komputer anda
Import item daripada pustaka iTunes lain pada rangkaian tempatan anda menggunakan Perkongsian Rumah
Import lagu dan podcast daripada Internet
Tambah item daripada aplikasi lain menggunakan folder Tambah Secara Automatik pada iTunes folder
Apabila anda mengimport lagu daripada CD atau memuat turun lagu daripada Internet, fail lagu di tempatkan di sini:
Home/Music/iTunes
Anda boleh menukar tempat fail yang diimport disimpan.