Tambah item secara automatik daripada aplikasi lain

Anda boleh mengeksport fail daripada banyak aplikasi terus ke pustaka iTunes anda.

Contohnya, jika anda menggunakan aplikasi pengeditan video, anda boleh mengeksport fail .mov dari video siap anda ke iTunes dan iTunes meletakkannya secara automatik dalam bahagian Filem pada pustaka anda. Anda kemudian boleh menonton video pada komputer anda atau dengan Apple TV atau menambahnya pada iPod, iPhone atau iPad anda.

Eksport fail daripada aplikasi lain terus ke pustaka iTunes anda

  • Apabila anda mengeksport fail daripada aplikasi lain, setkan folder destinasi sebagai Home/Music/iTunes/iTunes Media/Automatically Add to iTunes.