Import lagu daripada CD
Anda boleh mengimport lagu daripada CD ke dalam pustaka iTunes anda. Setelah anda mengimport lagu, anda boleh mendengarnya tanpa memerlukan CD asal dalam pemacu cakera.
iTunes mengimport kebanyakan lagu dalam masa beberapa minit sahaja dan keseluruhan CD dalam lebih kurang 10 minit.
Format pengekodan lalai ialah AAC. Untuk menukar format, lihat Pilih seting mengimport.
Import lagu daripada CD ke dalam pustaka iTunes anda
Masukkan CD audio ke dalam pemacu CD atau DVD komputer anda.
-
Untuk mengimport semua lagu pada CD, klik Ya dalam tetingkap yang muncul. iTunes mula mengimport CD.
Untuk mengelakkan lagu tertentu daripada diimport, klik Tidak dan ikuti langkah seterusnya.
-
Apabila senarai lagu muncul dalam tetingkap iTunes, klik untuk mengalih keluar tanda semak bersebelahan sebarang lagu yang anda tidak mahu import.
Nota: Jika anda tidak bersambung ke Internet atau iTunes tidak menemui maklumat CD, lagu muncul sebagai “Track 01,” “Track 02,” dan seterusnya. Untuk maklumat lanjut, lihat Jika anda tidak melihat maklumat lagu.
-
Untuk menambah lagu yang dipilih pada pustaka anda, klik Import CD .
-
Pilih seting import anda dan klik OK.
Untuk membatalkan pengimportan, klik Henti Mengimport.
Sebarang lagu yang diimport oleh iTunes sebelum anda membatalkan pengimportan ditambah pada pustaka iTunes anda.
-
Apabila lagu selesai diimport, klik butang Keluarkan di sebelah kanan CD dalam menu pop timbul Pustaka.
Anda boleh terus menggunakan iTunes semasa lagu diimport.
Petua: Anda juga boleh mengimport lagu dengan menyeretnya ke tetingkap iTunes.
Sambungkan trek CD
Apabila anda mengimport lagu daripada CD ke dalam iTunes, anda boleh mengumpulkan lagu agar ia sentiasa dimainkan bersama(walaupun apabila anda mengocok lagu).
Masukkan CD audio ke dalam pemacu CD atau DVD anda dan klik Tidak dalam tetingkap yang muncul.
Apabila lagu pada CD muncul dalam tetingkap iTunes, tahan kekunci Shift untuk memilih yang anda mahu sambungkan.
-
Klik berhampiran bahagian kanan atas tetingkap iTunes dan pilih Sambung Trek CD.
Import CD secara automatik
Pilih iTunes > Keutamaan.
-
Dalam anak tetingkap Umum, pilih Import CD atau Import CD dan Keluarkan daripada menu pop timbul “Apabila anda memasukkan CD”.
Mulai sekarang, apabila anda memasukkan CD, iTunes mengimportnya secara automatik.
Jika anda merancang untuk mengimport banyak CD, pilih Import CD dan Keluarkan untuk mengeluarkan setiap CD selepas semua lagu padanya diimport.
Halang lagu daripada diimport
Nyahpilih kotak semak di sebelah kiri tajuk lagu.
Jika masa yang terlalu lama diambil untuk mengimport lagu
CD mungkin kotor atau tercalar. Cuba bersihkan CD dengan kain bebas lin yang lembut dan kemudian cuba import lagu sekali lagi.
Jika pembetulan ralat diaktifkan, masa yang lebih lama boleh diambil untuk mengimport CD. Untuk menyahaktifkan pembetulan ralat, pilih iTunes > Keutamaan, klik Umum, klik Seting Import dan nyahpilih “Gunakan pembetulan ralat semasa membaca CD Audio.”
Jika anda masih menghadapi masalah mengimport lagu, lawati tapak web Sokongan iTunes.
Jika lagu yang diimport tidak kedengaran dengan jelas
Jika anda mendengar bunyi pop dan klik apabila anda memainkan lagu yang diimport daripada CD, pemacu CD mungkin tidak membaca CD dengan betul. Cuba aktifkan pembetulan ralat dan kemudian import lagu itu sekali lagi.
Untuk mengaktifkan pembetulan ralat semasa mengimport lagu daripada CD:
Pilih iTunes > Keutamaan.
Dalam anak tetingkap Umum, klik Import Seting.
Pilih "Gunakan pembetulan ralat semasa membaca CD Audio."
Masukkan CD dan import lagu sekali lagi.
Anda boleh terus menggunakan iTunes semasa lagu diimport.