Gambaran keseluruhan iTunes dalam Awan
Dengan iTunes dalam Awan, pembelian iTunes Store anda dan pustaka muzik iTunes boleh tersedia pada semua komputer dan peranti iOS anda pada setiap masa—secara wayarles dan tanpa penyelarasan.
Beginilah fungsinya: Apabila anda membeli item daripada iTunes Store, ia disimpan dalam iCloud dan dimuat turun dengan segera ke mana-mana atau semua komputer dan peranti anda yang disambungkan ke Internet dan disediakan untuk menggunakan iCloud.
Jika anda melanggan iTunes Match, anda boleh menyimpan keseluruhan pustaka iTunes anda dalam iCloud—termasuk lagu yang anda import daripada CD dan dibeli daripada tempat selain daripada iTunes Store—dan mainkan lagu tersebut pada mana-mana komputer atau peranti anda pada bila-bila masa anda mahukannya.
Muat turun automatik dan muat turun pembelian lama tersedia kepada semua pelanggan iTunes Store. Untuk menggunakan iTunes Match, anda perlu melangganinya dalam iTunes.