Gunakan Perkongsian Rumah untuk mengimport item daripada pustaka iTunes lain
Anda boleh menggunakan Perkongsian Rumah untuk mengimport item daripada sehingga lima pustaka iTunes pada komputer lain pada rangkaian rumah anda. Untuk menggunakan Perkongsian Rumah, anda mesti mempunyai Apple ID.
Apabila anda menggunakan komputer pada rangkaian Perkongsian Rumah anda untuk memuat turun item daripada iTunes Store, anda boleh mengesetkan item agar dimuat turun secara automatik ke komputer lain pada rangkaian Perkongsian Rumah anda.
Aktifkan Perkongsian Rumah
Pilih Fail > Perkongsian Rumah > Aktifkan Perkongsian Rumah.
-
Taipkan Apple ID dan kata laluan anda dan klik Aktifkan Perkongsian Rumah.
Jika anda tiada Apple ID, klik “Tidak mempunyai Apple ID?” dan ikuti arahan atas skrin.
Menggunakan Apple ID yang sama, ulangi langkah 1 dan 2 pada setiap komputer.
Import item daripada pustaka lain menggunakan Perkongsian Rumah
-
Pilih komputer pada rangkaian Perkongsian Rumah anda daripada menu pop timbul Pustaka.
Pustaka dimuatkan dan senarai kategori muncul.
Pilih kategori (contohnya Muzik).
Dalam menu Tunjukkan di bahagian bawah tetingkap iTunes, pilih “Item bukan dalam pustaka saya.”
Pilih item yang anda mahu import dan klik Import.
Import pembelian baru iTunes Store secara automatik daripada komputer lain
-
Pilih komputer pada rangkaian Perkongsian Rumah anda daripada menu pop timbul Pustaka.
Pilih kategori (contohnya Muzik).
Ketik Seting di bawah tetingkap.
Dalam tetingkap yang muncul, pilih “Pindahkan pembelian baru secara automatik daripada Nama Pustaka.”
Pilih jenis item yang anda mahu import.
Klik OK.
Nyahaktifkan Perkongsian Rumah
Pada setiap komputer, pilih Fail > Perkongsian Rumah > Aktifkan Perkongsian Rumah.
Petua: Jika komputer dikongsi tidak muncul apabila Perkongsian Rumah diaktifkan, nyahaktifkan Perkongsian Rumah dan kemudian aktifkannya sekali lagi.