Padam lagu, senarai main atau item lain
Padam item daripada pustaka anda
Klik item untuk memilihnya dan tekan kekunci Padam.
Klik Padam Item.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Keluarkan item hanya daripada pustaka iTunes anda: Klik Simpan Fail.
Padamkan item daripada komputer anda: Klik Pindah ke Sampah. Item dikeluarkan pada kali seterusnya anda mengosongkan Sampah.
Mengeluarkan item daripada senarai main tidak mengeluarkannya daripada pustaka iTunes anda atau komputer anda. Memadamkan senarai main atau folder tidak mengeluarkan lagu daripada pustaka atau pemacu keras.
Apabila anda memadamkan folder, semua senarai main dalam folder di dalam folder tersebut turut dipadamkan.
Jika anda tidak dapat mengeluarkan lagu, pastikan anda tidak memilih lagu dalam Senarai Main Pintar dengan “Pengemas kinian langsung” diaktifkan.