Tambah karya seni pada lagu dan item lain
Muzik dan video yang anda beli daripada iTunes Store datang dengan karya seninya yang tersendiri. Anda boleh menambah karya seni anda sendiri ke lagu dan item lain dalam pustaka anda.
Anda boleh menambah banyak jenis fail imej pegun yang popular, termasuk JPEG, PNG, GIF, TIFF dan Photoshop. Anda mesti menukarkan fail WAV kepada format lain sebelum anda boleh menambah karya seni padanya.
Karya seni album untuk item yang dimainkan sekarang muncul di sebelah kiri bar kemajuan. Untuk melihat karya seni album pada saiz yang lebih besar dalam tetingkap berasingan, klik karya seni.
Tambah karya seni pada muzik dan video
Lakukan salah satu daripada berikut:
-
Tambah karya seni pada satu item pada satu masa:
Pilih item dalam pustaka iTunes anda dan pilih Fail > Dapatkan Info.
-
Klik Karya Seni dan lakukan salah satu daripada yang berikut:
Klik Tambah, pilih fail imej dan klik Buka.
Seret fail seni ke kawasan karya seni.
Untuk menambah karya seni pada item lain, klik Seterusnya atau Sebelumnya.
Tambah karya seni yang sama pada berbilang item: Pilih item, pilih Fail > Dapatkan Info, klik Info dan seret fail imej ke kawasan Karya Seni.
Ambil karya seni album untuk lagu dalam pustaka anda daripada iTunes Store: Control-klik lagu dan pilih Dapatkan Karya Seni Album daripada menu pop timbul.