Gunakan berbilang pustaka iTunes
Anda boleh memiliki lebih daripada satu pustaka iTunes. Contohnya, anda mungkin ada pustaka muzik musim cuti yang tidak akan muncul dalam iTunes pada hari-hari lain. Atau anda boleh menyimpan muzik anda dalam pustaka pada komputer anda dan filem anda dalam pustaka pada cakera keras luaran.
Cipta atau gunakan pustaka iTunes berlainan
Jika iTunes terbuka, tutupnya.
Tahan kekunci Pilihan sambil anda membuka iTunes.
-
Dalam tetingkap yang muncul, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Cipta pustaka baru: Klik Cipta Pustaka.
Pilih pustaka lain: Klik Pilih Pustaka.
dalam setiap pustaka yang anda cipta, anda boleh memilih keutamaan berlainan untuk folder Media iTunes, jenis kandungan yang dipaparkan, seting ibu bapa dan nama pustaka. Untuk mengesetkan keutamaan untuk pustaka, pilih iTunes > Keutamaan semasa menggunakan pustaka.
Anda boleh menamakan pustaka iTunes anda (folder yang mengandungi kandungan iTunes anda dan fail Pustaka iTunes) apa-apa yang anda suka.
Petua: Untuk hasil terbaik, jika anda mencipta pustaka iTunes tambahan, anda tidak boleh menamakan pustaka baru sebagai “iTunes” atau “iTunes Music.” Pastikan bahawa setiap pustaka iTunes mempunyai nama uniknya yang sendiri agar anda dapat membezakannya.